Thursday 23 February 2017

'Biji hitam itu sebenarnya adalah darah beku, bukan kiraan kemampuan seseorang wanita itu mengandung berapa kali' - Doktor




Semalam viral di media sosial tentang bilangan biji hitam menyerupai 'telur katak' pada tangkai uri adalah bersamaan bilangan kebolehupayaan untuk mengandung. Pos tersebut mendapat 10K share, 15K komen & 4.6K like.

Saya rasa terpanggil untuk menulis apakah sebenarnya biji hitam itu dan betulkah info viral tersebut. Boleh bantu share penulisan ini sehingga 10K share?

Tangkai uri (umbilical cord) menyambungkan antara ibu dan anak dalam kandungan. Ia mempunyai 3 saluran darah iaitu 1 vena dan 2 arteri.

Vena membawa darah yang mengandungi oksigen dan nutrien dari ibu kepada anak kandungan. Arteri kemudiannya membawa darah yang 'telah digunakan' oleh anak kandungan kepada ibu semula untuk di'topup'.

Saluran darah ini berbentuk lingkaran (coil atau spiral). 1 lingkaran bermaksud 1 pusingan lengkap 360°. Jumlah lingkaran bergantung kepada berapa panjang tangkai uri dan berapa rapat jarak antara lingkaran.

Ketika bersalin, selepas anak dilahirkan, 2 clamp akan diletakkan pada tangkai uri, dan potongan akan dibuat di antara 2 clamp. Tiada rasa sakit kerana tangkai uri tidak mempunyai saraf. Setelah clamp, peredaran darah dalam vena dan arteri terhenti.


Apabila peredaran darah terhenti, mekanisma pembekuan darah akan diaktifkan dan semua darah dalam saluran darah pada tangkai uri akan membeku.

Namun jumlah darah sepanjang saluran darah adalah tidak sama, maka saiz dan tona warna 'biji hitam' itu juga adalah berbeza. Sebab itu anda akan nampak beberapa tempat mempunyai 'biji hitam' atau darah beku yang lebih prominen (saiz lebih besar atau warna lebih gelap) berbanding yang lain.

Anda juga akan nampak 'biji hitam' ini berselang seli dengan 'bahagian putih', namun, jika anda pusing tangkai uri itu 180°, anda akan nampak 'biji hitam' di belakang 'putih' tadi kerana saluran darah ini berbentuk lingkaran. Jarak antara selang seli atau lingkaran ini tidak sama kerana apabila uri berpisah dengan tubuh ibu, tangkai uri ini akan memanjang.

Seperti yang dinyatakan di atas, satu lingkaran ialah satu pusingan lengkap 360° atau secara ringkasnya adalah jarak antara 2 'biji hitam' Jumlah lingkaran adalah tidak sama antara individu kerana ia bergantung kepada berapa rapat jarak antara lingkaran dan berapa panjang tangkai uri.

Tak percaya? Tengoklah tangkai uri selepas bersalin nanti. Pusingkannya 180° dan 360° dan anda akan nampak sebenarnya 'bahagian hitam' itu adalah sepanjang saluran darah dan berbentuk melingkar atau spiral, cuma ia berbeza saiz, tona warna dan jarak.

Mohon bantuan pembaca untuk share beramai-ramai supaya informasi ini tersebar luas.

Gambar Pemungut Sampah Dijadikan Bahan Lawak di Twitter Tapi Warga Internet Tampil Pertahankannya




Gambar seorang lelaki pemungut sampah yang tertidur di atas sebuah lori sampah mula menjadi perhatian ramai apabila ia dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter sejak pagi tadi.

Namun tindakan pengguna Twitter terbabit yang menjadikan gambar terbabit sebagai bahan jenaka mendapat kritikan hebat dari pengguna Twitter yang lain.

"Seorang lelaki yang tahu tempatnya", tulis pengguna Twitter terbabit sebagai kapsyen gambar itu.



Beberapa jam selepas itu, pengguna Twitter yang lain mula tampil mengkritik kapsyen yang dibuat oleh lelaki berkenaan yang disifatkan tidak sensitif.

Namun, isu berkenaan mula meletup apabila seorang lagi pengguna Twitter, Zane, membalas balik tweet itu dengan berkata: "Lelaki yang bekerja keras ini bangun setiap pagi untuk melakukan kerja paling tidak digemari orang ramai bagi memberi makan keluarganya dan sekarang kamu mahu menghina dia?"

Tweet Zane itu mendapat lebih 110,000 retweet dalam masa tidak sampai sehari ia dimuat naik. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi gambar pemungut sampah itu diambil.


Rata-rata pengguna Twitter lain bersetuju dengan Zane dan menyifatkan pemuat naik gambar itu sebagai tidak sopan.

"Tiada siapa yang mahu kerja ini dan dia lakukan untuk dapatkan duit. Dia boleh tidur jika dia mahu. Saya bersetuju ianya lawak yang kurang ajar." tulis Cerri.

"Ayat yang bagus Zane. Kita tidak boleh buat lawak seperti itu, terdapat banyak cara lain untuk membuat lawak yang sama tetapi dengan lebih sopan" tulis Jemias.

Bagaimanapun, ada juga yang berkata lawak berkenaan tidak ditujukan hanya kepada pemugut sampah berkenaan, tetapi kepada semua lelaki di dunia.

"Zane, kamu tidak faham lawak itu. Ia bermaksud bahawa lelaki adalah sampah." kata Dina.

Sumber: Twitter

Kisah Realiti, Nawi Berjalan Kaki 2 Jam Seorang Diri Redah Belantara Demi Untuk Ke Sekolah

Mungkin anda pernah terbaca di mana kami pernah tulis kisah kesusahan anak-anak di pedalaman untuk ke sekolah, bahkan kami pernah menulis atau muat naik kisah guru-guru di pedalaman.

mereka dilihat begitu bersemangat ke sekolah walaupun perlu mengharungi pelbagai halangan terutamanya jalan yang becak atau perlu menaiki bot.

Namun kisah yang dikongsikan kali ini dilihat lebih mencabar dimana dilalui oleh seorang pelajar bernama Nawi di mana sebuah artikel yang ditulis oleh gurunya Cikgu Muhammad Naim membuatkan hati tersentuh.

Mana tidaknya, menurut beliau, Nawi perlu berjalan kaki selama dua ja setiap hari untuk ke sekolahnya di mana seawal jam 5 pagi dia sudah perlu keluar daripada rumah meredah belantara ke sekolahnya iaitu Sekolah Kebangaan Kapitangan.

Ini bermaksud Nawi pelru berjalan selama empat jam sehari untuk pergi dan balik daripada sekolahnya, apapun jom kita baca nukilah cikgu Naim.


 Nawi berjalan kaki 2 jam setiap pagi untuk ke sekolah.

Seperti pelajar-pelajar lain di sini, Nawi mengambil keseluruhan masa perjalanan sebanyak 4 jam sehari untuk pergi dan pulang sekolah.

Sudah menjadi kebiasaan pelajar di sini merentas belantara seorang diri.

"Kenapa dia tidak berkasut?" (gambar diatas)

Kasut adalah satu kemewahan untuk pelajar disini. Ia sukar didapati melainkan dengan bantuan sekolah.

Jadi untuk memanjangkan hayat kasut tersebut, kebanyakan pelajar disini akan menanggalkan kasut dan berkaki ayam sepanjang perjalanan pergi dan pulang.

Bagi mereka, kasut hanya layak dipakai di sekolah.


Saya rasa tiada semangat anak-anak di bandar yang dapat dibandingkan dengan semangat anak-anak disini.

Kemiskinan dan kesukaran perjalanan tidak pernah melunturkan semangat mereka untuk dapat menuntut ilmu.

Boleh anda bayangkan berjalan kaki dalam kegelapan seawal jam 5 pagi untuk ke sekolah?

Perkara seperti ini membuatkan saya rasa sebak dan sedar betapa beratnya tanggungjawab yang sedang saya pikul sebagai guru di sini sekarang.

Living in here makes me think a lot. - inchenaim




Pesawat PM Israel Dilarang Lalu Ruang Udara Indonesia, Terpaksa Melencong Jauh Untuk Ke Australia Dari Singapura


SYDNEY: Pesawat yang dinaiki Perdana Menteri Israel untuk ke Australia daripada Singapura terpaksa menempuh perjalanan jauh selepas dilarang memasuki ruang udara wilayah Indonesia, lapor BBC Indonesia.

Perkara ini telah didedahkan oleh portal penjejakan penerbangan terkenal FlightAware, yang menunjukkan pesawat rasmi El Al, syarikat udara milik kerajaan Israel terlewat daripada jadual normal.

Kerana lencongan ini, penerbangan yang membawa Benjamin Netanyahu itu sepatutnya mengambil masa hanya lapan jam 30 minit itu telah bertukar menjadi lebih 11 jam.

Pemimpin rejim Zionis itu akhirnya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith Sydney pada Rabu, sekitar pukul 6.30 pagi waktu tempatan, untuk melakukan program kunjungan rasmi selama empat hari.




 



Sementara itu, memetik laporan akhbar The Guardian, seorang anggota delegasi Netanyahu mengesahkan laluan perjalanan mereka, terlambat kerana menghindari ruang udara Indonesia malah terpaksa melalui jarak jauh melintasi negara lain.

Indonesia yang merupakan sebuah negara ramai umat Islam di dunia sebelum ini telah menyatakan sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat kemerdekaan dan hak kedaulatan daripada pendudukan haram rejim Israel sejak 1948.

Republik terbesar di rantau Asia tenggara itu juga tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel bersama-sama jirannya, Malaysia dan Brunei selain 20 buah negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang lain.

Pada Mac tahun lalu, Netanyahu telah menyeru agar Jakarta mewujudkan jalinan diplomatik dengan Tel Aviv kerana dengan kerjasama itu mereka dapat mewujudkan banyak peluang untuk kerjasama dua hala, terutama dalam bidang teknologi dapat diteroka oleh kedua-dua negara itu namun ditolak. - Siakapkeli.my

Scam Terhebat Abad ini: Lelaki Beli Batang Kayu Dengan Harga RM129, Jual Balik Dengan Harga RM1.09 Juta


Sebelum ini, kita banyak mendengar tentang aktiviti-aktiviti penipuan atau scam yang yang membabitkan pelbagai produk dan perkhidmatan tetapi penipuan oleh seorang lelaki di Zhejiang ini benar-benar tidak masuk akal kerana ia melibatkan sebatang kayu.

Menurut Shanghaiist, lelaki terbabit berjaya membeli batang kayu itu dengan harga 200 RMB (RM129) kemudian menjualnya pada harga 1.68 juta RMB (RM1.09 juta) tiga tahun kemudian.

Lelaki yang dikenali dengan nama Lin itu mendakwa batang pokok terbabit adalah satu barang yang rare dan merupakan dari spesis Phoebe Zhenna.

Kayu (dari pokok Phoebe Zhenna) terbabit sangat mahal sehinggakan hanya emperor China hanya mampu untuk menggunakannya. Malah, batang kayu yang sama digunakan untuk membina sepenuhnya Forbidden City. Pokok Phoebe Zhenna kini sudah diwartakan sebagai spiesis yang dilindungi kerajaan.

Bagi merealisasikan penipuannya, Lin membuat satu sijil pengesahan palsu untuk kayu tersebut yang mana telah memperbodohkan pembeli batang kayu terbabit.

Bagaimanapun, selepas hampir setengah tahun, pembeli itu diberitahu oleh pakar sebenarnya dia bukan sahaja telah ditipu, malah kayu itu tidak mempunyai nilai.

Pembeli berkenaan cuba menghubungi Lin, namun gagal.

Bagaimanapun, Lin telah berjaya dijejaki dan ditahan oleh polis.



Lima Murid Darjah 1 di Seremban Dijangkiti Virus H1N1


Seremban, 23 Feb - Seramai lima murid tahun satu Sekolah Rendah Islam (SRI) Seremban disini disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) petang tadi, lapor portal Utusan Online.

Difahamkan, kanak-kanak itu didapati positif dengan virus tersebut selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini akibat demam.

Dua daripada kanak-kanak itu kini dirawat di hospital manakala tiga lagi dipantau di rumah masing-masing.

Sementara itu, pihak sekolah menerusi satu memo kepada ibu bapa memberitahu murid lain yang mengalami demam tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan diminta berehat di rumah.



Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRI Seremban, Nordaniel Hamzah ketika dihubungi mengesahkan memo itu dikeluarkan oleh pihak sekolah.

Sementara itu,  Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali memaklumkan pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.

"Saya ada mendengar tentang kes itu dan pihak kami sedang mendapatkan pengesahan mengenainya kerana kes berkenaan dikendalikan hospital swasta.

"Baru-baru ini satu kes H1N1 turut dilaporkan berlaku di Jempol, bagaimanapun secara umumnya H1N1 di Negeri Sembilan masih terkawal," katanya.

Sumber: Utusan Online